Ahad, 27 September 2009

Tempat-tempat yang aku lawati sepanjang 2008-2009

Aku nak abadikan tempat-tempat yang pernah aku pergi dan lawati sekitar 2008-2009.Sekadar berkongsi rasa dan pengalaman.Betul kata-kata pujangga "jauh perjalanan luas pengetahuan".Terima kasih pada abang yang memang sporting dan suka berjalan.Tapi tak semua tempat sempat di ambil gambar.

Gambar ni diambil masa aku dan keluarga abang yg ke3 bawa anak buah aku nama Zulaikha untuk peperiksaan bertulis untuk masuk ke Sekolah Idrisiah.Keputusan yang diperolehi ialah simpananSekarang Zulaikha sekolah Maktab Mahmud Alor Setar.Walaupun memang orang perak dan menetap di Perak apa salahnya kesempatan yang ada ni kami melawat Istana dan sekitar Bukit Chandan Kuala Kangsar.

Gambar ni aku ambil ketika pergi ke rumah Jun sempena perkahwinan adik dia Awa.Jun ni pernah jadi kawan dan jiran aku masa sekolah rendah.Masa gambar ni diambil aku tak pernah jumpa dia selama hampir 20 tahun.Jadi macam jejak kasih la ni.Jun ni sebijik duplicate mak dia Kak Esah.Kata Kak Esah "gemuknya siti"...hehehhe..gemuknya aku..

Ni masa naik feri merentasi sungai Melaka pada waktu malam.Abang kata walaupun duduk Melaka tapi inilah kali pertama sebab nak bawa aku dan niza (biras ke3).Pemandangan memang cantik tapi bau air sungai masyaAllah punya busuk.hehehe


Yang tepi tu adik aku yang masih single dan yang sama besaq ngan maksu dia tu adalah anak buah aku Hasanah dan Zulaikha.Ni dekat Ban Pecah di Kuala Kurau.Kat tempat aku ni takde pantai yang cantik cuma ada pesisir laut yang dipanggil Ban Pecah.Kat sini orang suka memancing dan duduk lepak2 makan angin.Car Ko Teaw kat sini dengan ABC boleh tahan juga sedap.Kalau kawan2 mai jalan sini boleh aku bawa pi Ban Pecah.Gambar ni kat Perlis masa pegi kenduri kawen kawan baik abang masa di Jordan.2 2 j-QAF ni kat Johor kalau tak silap.Comel tu pengantin perempuan...ekek

Kat Ladang Teh Cameron Hinghland..Masa ni ramai sangat orang bergambar..Nak turun ke bawah tu punya curam...Lihat daun teh saujana mata memandang sejuk je rasa..
Naik bot dari Kundasang ke Bandar Kota Kinabalu..gerun juga tengah-tengah laut tu..

Lawatan sambil belajar bersama-sama coursemate Master Of Science Counseling UUM.Hospital Bahagia Tanjung Rambutan Ipoh.

Pertama kali naik kapal terbang dari KLIA ke Kota Kinabalu..tersenyum kelakar lak tengok pramugari ni tunjuk cara-cara pakai alat keselamatan..

Masjid Kristal di Pulau Wan Man Kuala Terangganu.Pada hari aku pegi, masjid ni akan dirasmikan oleh Sultan Mizan..

Menara Alor Setar..aku rasa orang Alor Setar pun tak pernah naik lagi..betul tak?

Aquaria KLCC

Cabel car di Pulau Langkawi..best sangat pg Pulau Langkawi.Semua tempat kami pegi..yang kelakar nya Taman Ular yang ada 10 ekor ular pun kami masuk...kena sorang RM10..macam kene tipu je..

Zoo Taiping

Sabtu, 26 September 2009

Assalamualaikum..

Lihatlah dengan mata hati..semoga blog ini menjadi inspirasi buat diri ku..